Friday, July 31, 2009

demam

Farid demam! merisaukan..dah la hubby pegi kursus di Genting sampai Ahad. Mujur mak dtg sbb nak temankan aku. huhu..memacam la Faris ni. 13/7 - 14/7 aku kena cuti sbb dia cirit birit. ni demam lak..mak ada aku tak le amik cuti.

Tuesday, July 28, 2009

NKRA

Harian Metro (Selasa, 28 Julai 2009)

KPI enam teras NKRA diumum

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah.

Bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

“Saya ingin mengisytiharkan bahawa bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai ‘lead minister’ atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan,” katanya pada majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Menurutnya, bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran), manakala bagi mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri), dan NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan menambah baik pengangkutan awam, menterinya Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

Friday, July 24, 2009

hukuman rotan

Prosedur untuk menjalankan hukuman sebat di Pahang ada diperincikan secara jelas dalam Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 iaitu:
  • Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat daripada rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
  • Kalau pesalah itu hamil, hukuman hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anak.
  • Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan.
  • Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.
  • Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
  • Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
  • Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat tidak mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
  • Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

Sumber :

23 Julai 2009/30 Rejab 1430